Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar KPLI/S1/Muzik.
Hari ini saya mendapat cuti sakit kerana batuk dan demam selsema (jangan risau bukan Influenza H1N1). Oleh itu saya tidak dapat memberi kuliah kepada kelas kamu, tapi ada tugasan untuk kamu semua pada hari ini, itu:-
1. Kamu dikehendaki mengadakan Majlis FORUM pada kuliah akan datang (minggu depan kut).
2. Ketua Kumpulan dikehendaki melantik seeorang pengerusi, 2 orang pencatat dan 4 orang ahli panel, itu
Panel A - Teori Bahaviouris
Panel B - Teori Kognitif.
Panel C - Teori Humanistik
Panel D - Teori Konstruktivis.
3. Setiap Ahli Panel dikehendaki membentangkan teori-teori pembelajaran tersebut berdasarkan mazhab masing-masing, pendokong atau pelopor teori tersebut dan implikasi / kesan teori tersebut ke atas pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh memilih 3 orang lagi sebagai pembantu dalam setiap panel.
4. Ketua Kumpulan dikehendaki menjadi Pengerusi Forum (bukan pembentangan) tersebut. Sila buat kajian bagaimana hendak menjadi seorang pengerusi yang berkesan dalam aktiviti Forum.
5. Aspek penilaian yang akan ditekankan ialah pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Setiap pelajar akan menjadi penilai kepada rakan sendiri.
Sekiranya anda tidak faham sila dapatkan penjelasan daripada saya (melalui laman ini) ataupun Ketua Kumpulan KPLI/S1/PI. Sekian, terima kasih. Cikgu Mohd. Mokhtar A. Majid

Post a Comment