Anonymous
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini 28/09/2009 kampus dibuka semula selepas bercuti seminggu sempena cuti hari raya aidilfitri. Selamat kembali dan memulakan kuliah semula. Tetapi pada hari ini tiba-tiba sahaja tidak sihat, selsema dan sakit tekak. Oleh itu saya mohon maaf tidak dapat hadir dan memberi kuliah kepada pelajar saya KPLI Bimbingan dan Kaunseling, Pengajian Muzik, PPISMP dan KPLI Semester 2. InsyaAllah esok saya akan kembali bertugas semula dan bertemu dengan kamu semula. Terima kasih.
Anonymous
Disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf lahir dan batin kepada semua pelajar saya KPLI Semester 1 Ambilan Julai 2009. Hanya satu pesanan dari saya iaitu ketika memandu berhati-hatilah di jalan raya dan ingat kepada orang tersayang. Selamat bertemu dengan keluarga masing-masing, anak, isteri, suami, emak, bapa dan teman. Kita jumpa semula selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri. 
Anonymous
Keadaan seperti ini mungkin tidak terdapat di kawasan pendalaman apabila diposting kelak, insyaAllah... Keadaan sekarang sudah banyak berubah di negara kita tercinta ini...

Anonymous
Selepas mempelajari pelbagai teori pembelajaran, pada pandangan anda teori apakah yang digunapakai guru yang kreatif ini...
Anonymous
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga KPLI Semester Satu Ambilan Julai 2009 kerana telah berjaya menganjurkan Program Jejak Hulu bertempat di Dewan Pulai 1 pada hari ini 12 September 2009. Dengan mengikuti program ini anda semua telah mendapat sedikit pengalaman keadaan dan situasi di Sarawak dan Sabah apabila diposting kelak. Kedua-dua penceramah iaitu Hj. Paimin dan Ust. Fakrul telah memberi gambaran yang jelas keadaan di sana. Saya juga pernah berkhidmat di Sarawak dari tahun 1987 hingga 1991 dahulu dan banyak pengalaman ditimba. Selain itu tidak lupa juga diucapkan tahniah dan syabas kepada para AJK dibawah saya seperti Norhafizatul, Jafri, Aizuddin dan lain-lain kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.
Anonymous
Hari ini 11 September 2009 apabila memasuki ke kelas KPLI Pengajian Inggeris untuk memberi kuliah, saya mendapat berita yang menyedihkan apabila mendapat tahu bahawa seorang pelajar saya ANHAKIM telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada jam 2.30 pagi bertempat di Beseri. Menurut rakan-rakannya di dalam kelas bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam ICU. Saya amat bersimpati dengan nasib beliau dan mendoakan agar beliau segera sembuh. Saya amat mengetahui kesakitan yang dialaminya dan kedua ibubapanya kerana nasib yang sama telah menimpa anak tunggal saya berumur 9 tahun yang dilanggar oleh motorsikal ketika berjalan kaki ke taman permainan berhampiran dengan rumah. Wassalam.
Anonymous
Sambungan...

3. Faktor emosi

i.   Ia merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya pengajarannya.

ii.  Suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan kecindan serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.

iii. Dengan amalan dan sifat-sifat positif ini, murid akan suka berdamping rapat dengan guru, suka bertanya, sedia menerima pembelajaran dan nasihat dalam bilik darjah dalam suasana riang dan gembira. Suasana emosi yang kondusif seperti ini akan meningkatkan keberkesanan P&P dalam bilik darjah.

v. Stail kepimpinan guru merupakan faktor penting dalam mempengaruhi suasana emosi dalam bilik darjah.

Selamat membaca nota-nota ini...
Anonymous
Sambungan...

2. Faktor sosial

i.   Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya   di dalam bilik darjah.

ii. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.

iii. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan P&P, khasnya semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

iv. Kebiasaannya, murid yang dapat bekerjasama ialah murid-murid yang mempunyai taraf sosial yang sama atau hampir sama di mana mereka berkumpul sebagai kumpulan rakan sebaya.

v. Berdasarkan kajian sosiogram akan membolehkan guru menempatkan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai.

vi. Dengan cara ini, aktiviti kumpulan akan dapat dijalankan dengan semangat kerjasama dan keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan.

Baca seterusnya pada posting akan datang...
Anonymous
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar KPLI/S1/Muzik.
Hari ini saya mendapat cuti sakit kerana batuk dan demam selsema (jangan risau bukan Influenza H1N1). Oleh itu saya tidak dapat memberi kuliah kepada kelas kamu, tapi ada tugasan untuk kamu semua pada hari ini, itu:-

1. Kamu dikehendaki mengadakan Majlis FORUM pada kuliah akan datang (minggu depan kut).
2. Ketua Kumpulan dikehendaki melantik seeorang pengerusi, 2 orang pencatat dan 4 orang ahli panel, itu
    Panel A - Teori Bahaviouris
    Panel B - Teori Kognitif.
    Panel C - Teori Humanistik
    Panel D - Teori Konstruktivis.
3. Setiap Ahli Panel dikehendaki membentangkan teori-teori pembelajaran tersebut berdasarkan mazhab masing-masing, pendokong atau pelopor teori tersebut dan implikasi / kesan teori tersebut ke atas pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh memilih 3 orang lagi sebagai pembantu dalam setiap panel.
4. Ketua Kumpulan dikehendaki menjadi Pengerusi Forum (bukan pembentangan) tersebut. Sila buat kajian bagaimana hendak menjadi seorang pengerusi yang berkesan dalam aktiviti Forum.
5. Aspek penilaian yang akan ditekankan ialah pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Setiap pelajar akan menjadi penilai kepada rakan sendiri.

Sekiranya anda tidak faham sila dapatkan penjelasan daripada saya (melalui laman ini) ataupun Ketua Kumpulan KPLI/S1/PI. Sekian, terima kasih. Cikgu Mohd. Mokhtar A. Majid
Anonymous
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar KPLI Pengajian Bahasa Inggeris 09 kerana telah berjaya menganjurkan forum berkaitan dengan Teori Pembelajaran. Selepas ini kita lihat kumpulan lain pula. Terima kasih.
Anonymous
Sambungan...

Ciri-ciri bilik darjah yang kondusif.

1. Perhubungan saling hormat-menghormati antara guru dengan murid.

2. Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pengurusan sekolah.

3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid dengan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia; dan

4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Anonymous
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah iaitu, fizikal, sosial dan emosi.

A. Faktor fizikal

i. Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.

ii. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar, ABM dapat menggalakkan aktiviti P&P.

iii. Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.

iv. Tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah. Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang cukup dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses P&P dijalankan.

v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan P&P.
Anonymous
Para pelajar sekalian, baca nota berikut semoga memberi ilmu manfaat kepada anda.

1. Mengikut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology for Teaching', PBD merupakan "...sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan P&P dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran"

2. PBD merupakan sesuatu seni atau amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti P&P dalam bilik darjah.

3. PBD boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk P&P demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan.

4. Konsep PBD boleh dipandang sebagai kerjasama di antara guru dan murid untuk mengurus segala aspek kehidupan dalam bilik darjah, di samping aktiviti dan segala kemudahan yang terdapat didalamnya.

Bersambung lagi pada hari seterusnya ... cikgu Mohd. Mokhtar A. Majid
Anonymous
Pelajar-pelajar sekalian, berikut adalah Sukatan Pelajaran KPLI Ilmu Pendidikan Komponen Pedagogi yang perlu dikuasai oleh kamu semua, iaitu:-

1. Pengurusan Bilik Darjah (4 jam)
2. Interaksi dan Komunikasi dalam Bilik Darjah (4 jam)
3. Teori dan proses Pembelajaran (8 jam)
4. Pengajaran (13 jam)

Saya berharap dan berdoa semoga pelajar saya dapat menguasai komponen berikut dalam semester Julai 2009 ini. Sekiranya pelajar-pelajar sekalian menghadapi masalah sila kemukakan kepada saya, insyaAllah saya akan membantu sedaya boleh.
Labels: | edit post
Anonymous
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar KPLI Ambilan Julai 2009 di IPGM Kampus Perlis yang menerima kuliah Pedagogi di institut tersebut. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan tidak lupa juga selamat bercuti pada Hari Nuzul al-Quran. Berhati-hati di jalan raya.