Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini 28/09/2009 kampus dibuka semula selepas bercuti seminggu sempena cuti hari raya aidilfitri. Selamat kembali dan memulakan kuliah semula. Tetapi pada hari ini tiba-tiba sahaja tidak sihat, selsema dan sakit tekak. Oleh itu saya mohon maaf tidak dapat hadir dan memberi kuliah kepada pelajar saya KPLI Bimbingan dan Kaunseling, Pengajian Muzik, PPISMP dan KPLI Semester 2. InsyaAllah esok saya akan kembali bertugas semula dan bertemu dengan kamu semula. Terima kasih.
Keadaan seperti ini mungkin tidak terdapat di kawasan pendalaman apabila diposting kelak, insyaAllah... Keadaan sekarang sudah banyak berubah di negara kita tercinta ini...
Selepas mempelajari pelbagai teori pembelajaran, pada pandangan anda teori apakah yang digunapakai guru yang kreatif ini...
Sambungan...
3. Faktor emosi
i. Ia merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya pengajarannya.
ii. Suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan kecindan serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.
iii. Dengan amalan dan sifat-sifat positif ini, murid akan suka berdamping rapat dengan guru, suka bertanya, sedia menerima pembelajaran dan nasihat dalam bilik darjah dalam suasana riang dan gembira. Suasana emosi yang kondusif seperti ini akan meningkatkan keberkesanan P&P dalam bilik darjah.
v. Stail kepimpinan guru merupakan faktor penting dalam mempengaruhi suasana emosi dalam bilik darjah.
Selamat membaca nota-nota ini...
Sambungan...
2. Faktor sosial
i. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah.
ii. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.
iii. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan P&P, khasnya semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
iv. Kebiasaannya, murid yang dapat bekerjasama ialah murid-murid yang mempunyai taraf sosial yang sama atau hampir sama di mana mereka berkumpul sebagai kumpulan rakan sebaya.
v. Berdasarkan kajian sosiogram akan membolehkan guru menempatkan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai.
vi. Dengan cara ini, aktiviti kumpulan akan dapat dijalankan dengan semangat kerjasama dan keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan.
Baca seterusnya pada posting akan datang...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar KPLI/S1/Muzik.
Hari ini saya mendapat cuti sakit kerana batuk dan demam selsema (jangan risau bukan Influenza H1N1). Oleh itu saya tidak dapat memberi kuliah kepada kelas kamu, tapi ada tugasan untuk kamu semua pada hari ini, itu:-
1. Kamu dikehendaki mengadakan Majlis FORUM pada kuliah akan datang (minggu depan kut).
2. Ketua Kumpulan dikehendaki melantik seeorang pengerusi, 2 orang pencatat dan 4 orang ahli panel, itu
Panel A - Teori Bahaviouris
Panel B - Teori Kognitif.
Panel C - Teori Humanistik
Panel D - Teori Konstruktivis.
3. Setiap Ahli Panel dikehendaki membentangkan teori-teori pembelajaran tersebut berdasarkan mazhab masing-masing, pendokong atau pelopor teori tersebut dan implikasi / kesan teori tersebut ke atas pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh memilih 3 orang lagi sebagai pembantu dalam setiap panel.
4. Ketua Kumpulan dikehendaki menjadi Pengerusi Forum (bukan pembentangan) tersebut. Sila buat kajian bagaimana hendak menjadi seorang pengerusi yang berkesan dalam aktiviti Forum.
5. Aspek penilaian yang akan ditekankan ialah pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Setiap pelajar akan menjadi penilai kepada rakan sendiri.
Sekiranya anda tidak faham sila dapatkan penjelasan daripada saya (melalui laman ini) ataupun Ketua Kumpulan KPLI/S1/PI. Sekian, terima kasih. Cikgu Mohd. Mokhtar A. Majid
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar KPLI Pengajian Bahasa Inggeris 09 kerana telah berjaya menganjurkan forum berkaitan dengan Teori Pembelajaran. Selepas ini kita lihat kumpulan lain pula. Terima kasih.
Sambungan...Ciri-ciri bilik darjah yang kondusif.1. Perhubungan saling hormat-menghormati antara guru dengan murid.
2. Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pengurusan sekolah.
3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid dengan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia; dan
4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah iaitu, fizikal, sosial dan emosi.
A. Faktor fizikal
i. Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.
ii. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar, ABM dapat menggalakkan aktiviti P&P.
iii. Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.
iv. Tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah. Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang cukup dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses P&P dijalankan.
v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan P&P.
Pelajar-pelajar sekalian, berikut adalah Sukatan Pelajaran KPLI Ilmu Pendidikan Komponen Pedagogi yang perlu dikuasai oleh kamu semua, iaitu:-
1. Pengurusan Bilik Darjah (4 jam)
2. Interaksi dan Komunikasi dalam Bilik Darjah (4 jam)
3. Teori dan proses Pembelajaran (8 jam)
4. Pengajaran (13 jam)
Saya berharap dan berdoa semoga pelajar saya dapat menguasai komponen berikut dalam semester Julai 2009 ini. Sekiranya pelajar-pelajar sekalian menghadapi masalah sila kemukakan kepada saya, insyaAllah saya akan membantu sedaya boleh.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar KPLI Ambilan Julai 2009 di IPGM Kampus Perlis yang menerima kuliah Pedagogi di institut tersebut. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan tidak lupa juga selamat bercuti pada Hari Nuzul al-Quran. Berhati-hati di jalan raya.