Anonymous
Selepas mempelajari pelbagai teori pembelajaran, pada pandangan anda teori apakah yang digunapakai guru yang kreatif ini...
Anonymous
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga KPLI Semester Satu Ambilan Julai 2009 kerana telah berjaya menganjurkan Program Jejak Hulu bertempat di Dewan Pulai 1 pada hari ini 12 September 2009. Dengan mengikuti program ini anda semua telah mendapat sedikit pengalaman keadaan dan situasi di Sarawak dan Sabah apabila diposting kelak. Kedua-dua penceramah iaitu Hj. Paimin dan Ust. Fakrul telah memberi gambaran yang jelas keadaan di sana. Saya juga pernah berkhidmat di Sarawak dari tahun 1987 hingga 1991 dahulu dan banyak pengalaman ditimba. Selain itu tidak lupa juga diucapkan tahniah dan syabas kepada para AJK dibawah saya seperti Norhafizatul, Jafri, Aizuddin dan lain-lain kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.
Anonymous
Hari ini 11 September 2009 apabila memasuki ke kelas KPLI Pengajian Inggeris untuk memberi kuliah, saya mendapat berita yang menyedihkan apabila mendapat tahu bahawa seorang pelajar saya ANHAKIM telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada jam 2.30 pagi bertempat di Beseri. Menurut rakan-rakannya di dalam kelas bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam ICU. Saya amat bersimpati dengan nasib beliau dan mendoakan agar beliau segera sembuh. Saya amat mengetahui kesakitan yang dialaminya dan kedua ibubapanya kerana nasib yang sama telah menimpa anak tunggal saya berumur 9 tahun yang dilanggar oleh motorsikal ketika berjalan kaki ke taman permainan berhampiran dengan rumah. Wassalam.